Panduan
Kelulusan dan sokongan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
Guru/Pegawai/Anggota Kakitangan Sokongan (AKS)
Dimaklumkan Tatacara Pengurusan Permohonan bertugas rasmi ke luar negara bagi semua Pegawai Awam di
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah seperti berikut:
- Bagi guru/pegawai sekolah yang hendak membawa murid ke luar negara diminta agar mematuhi Peraturan Ke Luar
Negara dan mendapat kelulusan dengan mengisi Borang Lampiran A mengikut keperluan
Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1984 serta mendapat kelulusan Cuti Tanpa Rekod. Borang Lampiran A yang lengkap
perlu dihantar untuk sokongan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sekurang-kurangnya 28 hari bekerja dari tarikh
permohonan. Sebarang permohonan yang dihantar kurang daripada tempoh 28 hari bekerja daripada tarikh permohonan
tidak akan diluluskan.
- Semua permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang menggunakan peruntukan Akuan Amanah/Kumpulan Wang
Amanah mesti dikemukakan ke Bahagian Kewangan tidak kurang dari 51 hari bekerja sebelum tarikh
perjalanan untuk mendapatkan persetujuan Pegawai Pegawal sebelum diangkat untuk kelulusan Perbendaharaan.
- Semua permohonan tugas rasmi ke luar negara yang lengkap mesti dikemukakan ke Bahagian Kewangan untuk
kelulusan Pegawai Pengawal tidak kurang dari 21 hari bekerja dan tarikh perjalanan tidak kurang
daripada 35 hari bekerja bagi permohonan kelulusan Perbendaharaan.
- Bagi perkara 2 dan 3 sila rujuk kepada surat daripada Bahagian Kewangan, KPM bertarikh 20 Julai 2013.
Panduan Murid>>